6.12.07

PENGENALAN

ANIMASI
  • Animasi ialah simulasi pergerakan yang terbina dengan paparan gambar atau frame secara berterusan / bersiri
  • Secara ringkas animasi menghidupkan satu objek yang tidak bernyawa menjadikan ia seperti satu objek yang hidup.

ANIMASI TRADISIONAL

  • Animasi yang paling awal diperkenalkan ialah animasi tradisional. Ia dikenali sebagai cell animation.
  • Kini lukisan ini lebih dikenali sebagai animasi 2D dalam bentuk digital. (computer)

BAHAN MENTAH
Ini merupakan proses pertama sebelum animasi dihasilkan. Anda perlu mendapatkan idea yang baik bagi menghasilkan sebuah cerita animasi yang bermutu.


Idea
· Idealah adalah merupakan permulaan kepada mana-mana produksi animasi.
· Skrip akan dihasilkan berdasarkan kepada idea yang telah dipersetujui. Ia membabitkan satu rujukan, karektor bios, interaksi, situasi dan lain-lain
· Skrip mestilah berkaitan dengan tema pembangunan cerita.

Papan cerita (storyboard )
· Papan cerita ialah sebuah gambaran yang dilukis secara berturutan di dalam sebuah frame sebelum menghasilkan sebuah cerita animasi.
· Konsep lukisan tentang bagaimana gaya set akan kelihatan, skema warna untuk sesuatu scene dan cinematography yang akan digunakan.
· Di sini perlu mencipta penampilan karektor samada penjahat kelihatan lucu (contohnya Goofy) atau menakutkan (contohnya Mambra), jenis pemakaian karektor dan yang difikirkan sesuai.

Bunyi yang telah dirakam (recorded sound)
· Bunyi-bunyi yang dimasukkan ke dalam cerita animasi melibatkan solekan bunyi ( sound effect), suara pelakon, dan muzik.

PERANCANGAN
Perancangan adalah proses kedua selepas proses bahan mentah. Setelah idea diperolehi anda perlu merancang bagaimana untuk menghasilkan lukisan yang menarik dan bunyi yang ingin dihasilkan.

Menganalisa kepanjangan bunyi dalam bilangan frame
· Pelarasan suara dan filem
· dilakukan di dalam studio

Hasil analisa bunyi akan dimasukkan ke dalam dope sheet
· Aksi, dialog, kesan khas di dalam cerita animasi akan direkodkan kedalam dope sheet.

Membuat lukisan lakaran(layout) untuk scene
· Lukisan tersebut akan memaparkan susun atur set dimana aksi akan berlaku, begitu juga sudut kamera dan shot.

PROSES PEMBUATAN LUKISAN UNTUK ANIMASI
Ia adalah proses yang ketiga dalam penghasilan animasi tradisional. Lukisan yang dilukis adalah lebih teliti dan memerlukan perancangan yang lebih baik.

Director menggunakan layout dan dope sheet untuk merancang pergerakan dan masa (movement & timing)
· Pada peringkat ini pelukis mencipta karektor dan pose.
· Kesemua ini dilukis di atas helaian model (model sheet).
· Director akan merancang masa dan merekodkan ke dalam helaian dope sheet.

Latarbelakang dihasilkan atas kertas
· Pelukis akan melakar, melukis dan mewarnakan lukisan latar belakang dan memberi satu bahagian untuk aksi itu berlaku
· Lukisan latar belakang boleh diletakkan diatas satu sama lain untuk memberikan lebih kesan kepada scene

Lukisan pergerakan dihasilkan (movement drawing)dihasilkan atas kertas
· Penolong juruanimasi akan melukis lukisan perantaraan (in between), antara pose yang utama untuk menghasilkan satu pergerakan yang lancar.
· Lakaran lukisan animasi menetapkan masa yang diperlukan untuk setiap scene. Lukisan pergerakan akan dilukiskan berdasarkan kepada masa bagi setiap scene.

Lukisan yang siap akan dimasukkan ke dope sheet
· Animator akan gunakan dope sheet untuk melihat masa yang diperlukan untuk setiap scene supaya bersesuaian dengan masa yang telah ditetapkan.
· Setiap animasi mestilah mengikut masa yang ditetapkan.

PENGUJIAN ANIMASI
Ini merupakan proses ke empat. Di sini adalah bertujuan untuk menilai lukisan yang telah siap dilukiskan sama ada betul atau tidak gerakan yang telah dibuat.


Menguji lukisan pergerakan atas ujian garisan (line tester).
· Artis akan membuat ujian garisan pada lukisan yang tidak bergerigi, untuk menyemak jika animasi itu betul gerakannya.
· Menyemak gerakan untuk memastikan lukisan tersebut berada dalam bingkai yg betul. Jika tidak animator terpaksa melukis semula.Mesin ujian garisan (line test) digunakan bersama dengan mesin pengimbas atau kamera untuk menangkap imej tersebut.

PROSES PENGEMASAN
Proses ini lebih mudah untuk dikenali sebagai satu proses pengemaskinian. Diantara aktiviti yang perlu anda ambil kira ialah :

Pembetulan lukisan dan timing
Bagi modul sebelum ini anda telah melakukan pengujian lukisan animasi bagi tujuan melihat keberkesanan lukisan tersebut. Di sini artis clean-up akan memperkemaskan lukisan, untuk memastikan karektor tersebut sentiasa sama penampilannya sepanjang filem.

Menekap lukisan pergerakan ke atas sel
Lukisan pergerakan yang sudah siap dilukis akan dilukis semula atau ditekap ke atas sel-sel untuk memudahkan penghasilan animasi. Artis akan memindahkan lukisan animasi ke atas helaian acetate yang bersih. Ia dipanggil sebagai cel.

Mewarnakan Sel
Artis akan mewarnakan lukisan dengan warna opaque atau bergantung kepada kesan khas tertentu secara transparen berpandukan skema warna.


Sel dan latarbelakang disatukan (compositing)
Dalam proses ini sel dan latarbelakang akan disatukan mengikut kesuaian sel dan latarbelakang.

Gabungan sel dan latarbelakang dalam filem
Menggunakan kamera khas, artis memfilemkan cel yang siap diwarnakan, bingkai demi bingkai.

Memproseskan negative dalam lab

Negative-negatif filem tadi akan diproses di dalam lab yang disediakan.

PENYUNTINGAN

Selepas proses pengemasan siap, seterusnya anda perlu melakukan proses penyuntingan bunyi dan gambar. Di sini proses bunyi akan diedit ke dalam cerita tersebut mengikut skrip. Gambar-gambar dalam proses ini juga perlu dilakukan proses penyuntingan agar sesuai dengan cerita.

PROSES ‘DUBBING’

Proses yang akan menggabungkan bunyi. Ia dilakukan di dalam studio ‘dubbing’. Penggubah lagu akan mencipta muzik latar untuk filem. Penggubah lagu akan mengadun bunyi di dalam studio berpandukan scene-scene tertentu.

PRODUK AKHIR
· Negatif gambar akan dihantar ke lab untuk proses pemotongan
· Hasil akhir akan di proses di lab.
· Setelah selesai diproses ia siap untuk ditayangkan kepada penonton dan filem tersebut boleh ditukar kepada tape video.

No comments: